hari ini hari pertama minggu ketiga bln 12,
hari ini hari ke 10 dlm bulan muharram..
kebanyakan kolej masih bercuti
maka masih ramai pelajar kolej yg bersantai di rumah
mengambil peluang semaksima mungkin utk berehat
ini lah masanya yg plg best utk kita menguji diri sendiri utk melihat sejauh mana kita mampu dan mahu bermujahadah.
sbb..
dekat rumah mak masak sedap..
lagi2 ni hari ahad..
hari ahad banyak org kawen..
hari ahad mood nak makan meluap2..
tp kawan2, mari kita lihat apa penghulu kita Rasulullah pesan utk kita semua:
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : "Ya, memang benar,
Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura,
menjadikan laut pada hari Aasyura,
menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,
menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,
lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura,
dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,
menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,
Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,
Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura,
dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
[quoted from islamic center]
wah...tp mungkin khilaf sendiri, sy sepatutnya berkongsi ini lebih awal...
hari ini kalau siapa2 yg masih sempat, boleh la berpuasa...tp kalau da telepas, mgkin xde rezeki...tp ini adalah antara amalan2 sunat dilakukan pd Hari Asyuara (10 muharram):
- MELAPANGKAN MASA/BELANJA ANAK ISTERI. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- MEMULIAKAN FAKIR MISKIN. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- MENAHAN MARAH. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- MENUNJUKKAN ORANG SESAT. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- MENYAPU/MENGUSAP KEPALA ANAK YATIM. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- BERSEDEKAH. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- MANDI SUNAT. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- BERCELAK. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- MEMBACA QULHUWALLAH (SURAH AL-IKHLAS) HINGGA AKHIR 1000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- SEMBAHYANG SUNAT 4 RAKAAT. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- MEMBACA "HAS BIALLAHU WA NI'MAL WAKEEL, NI'MAL MAULA WA NI'MANNASEER". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
[quoted from halaqah]
bak kate salah seorang handai sy (with adaptation),
SELAMAT MEMBANTAI SISA2 MUHARRAM YG MASIH AVAILABLE!
=)
